Thursday, March 16, 2017

DTX-Complex

DTX™ Complex

Memberi Perlindungan Menyeluruh untuk Kesihatan Hati Anda

Kod Produk:10330 (90 kaplet)
DTX™ Complex membekalkan nutrisi sokongan dengan kombinasi pelbagai herba berkhasiat bagi melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati
  • Mengandungi ekstrak milk thistle, bahan aktif yang mengekalkan keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan dan membantu menjana semula sel-sel hati
* Produk ini bukan bertujuan sebagai terapi gantian untuk agen yang boleh memudaratkan hati (contohnya alkohol)
KKLIU: 2593/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin

Lecithin

Agen Pengemulsi Semula Jadi

Kod Produk:10163 (180 kapsul)
Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa lesitin amat penting dalam pemakanan kerana ia merupakan sumber fosfolipid yang terdiri daripada kolina dan inositol, iaitu komponen utama membran sel dalam setiap organisma hidup yang berfungsi untuk mengawal aliran nutrien ke dalam dan keluar dari sel.
Lesitin juga akan ditukarkan kepada asetilkolina yang diperlukan untuk memelihara kesihatan tubuh.
  • Setiap sajian membekalkan 3.1g lesitin, yang mengandungi 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol
  • Dirumus daripada sumber semula jadi iaitu kacang soya
Manfaat Utama:
  • Menyerap vitamin yang larut-lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, dan K yang larut-lemak.
  • Melindungi hati - menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak, juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol - lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulasi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.
  • Pelangsingan - menghalang obesiti, pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membren sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulasi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran janin yang sihat
  • Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam badan.


KKLIU: 2611/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita-Lea for Children


Vita-Lea® for Children

Multivitamin Kanak-Kanak yang sungguh Enak

Kod Produk:11005 (60 tablet)
FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.
  • Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral
    • Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak
  • Rumusan Tidak Merosakkan Gigi
    • Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti
  • Perisa Anggur Yang Enak
    • Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak
KKLIU: 0930/2015
* Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet. * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.